Generasi Y & Z
March 13, 2017 | Author: Norazamzury | Category: N/A
Short Description
Download Generasi Y & Z...
Description
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
1
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK................................................................................................................................2 PENGENALAN........................................................................................................................2 KONSEP PENDIDIKAN.........................................................................................................6 Perbezaan pendidikan KBSR dan KSSR................................................................................6 KBSR..................................................................................................................................6 KSSR..................................................................................................................................8 Reka Bentuk Kurikulum.........................................................................................................8 Organisasi Kurikulum.............................................................................................................9 Kaedah Penilaian....................................................................................................................9 MASALAH.............................................................................................................................11 Kekurangan KBSR...............................................................................................................12 Kekurangan KSSR................................................................................................................12 CABARAN DAN HALANGAN............................................................................................13 Pembinaan Budaya Ilmu.......................................................................................................13 Pembudayaan Masyarakat Malaysia....................................................................................14 KESIMPULAN.......................................................................................................................15 Peranan Pendidik..................................................................................................................15 Peranan KBSR dan KSSR....................................................................................................16 CADANGAN..........................................................................................................................17 RUJUKAN..............................................................................................................................18
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
2
ABSTRAK Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara. Hasil kepada proses pendidikan yang berpanjangan, maka akan wujud sebuah ketamadunan yang dapat berdiri megah dengan berpaksikan pendidikan bersifat universal. Bagaimanapun, proses pembentukan modal insan perlu melihat semula kepada pemahaman yang jitu dan tulen akan definisi pendidikan, kurikulum dan masyarakat supaya signifikan dalam membentuk integrasi ketiga-tiga komponen. Dalam konteks ini, pendidikan, kurikulum dan masyarakat sebenarnya saling bergantungan antara satu sama lain. Menerusi definisi yang dihuraikan dan disimpulkan, dapat dikaitkan bahawa hanya dengan pendidikan dan perancangan kurikulum yang mantap, maka akan lahir masyarakat yang mampu hidup dengan jiwa kesederhanaan dan tahu akan tujuan penciptaan. Melihat kepada perkaitan yang dibuat mengenai komponen pendidikan, kurikulum dan masyarakat, maka dalam konteks ini, kita boleh buat pengaplikasian menerusi penerapan konsep pendidikan bersepadu. Konsep
pendidikan
sepadu
ini
kemudiannya
dilanjutkan
kepada
proses
pengintegrasian pendidikan, kurikulum dan masyarakat. Akhirnya, kita akan membentuk sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran, mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai konsep mengenal hakikat diri. PENGENALAN Sejak munculnya teori generasi, kita banyak didedahkan tentang generasi X,Y dan Z. Generasi dari segi istilah ia adalah satu Generasi yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Merujuk kepada teori di dalam buku Grown Up Digital yang diterbitkan oleh Don Tapscott mendefinasikan pembahagian demografi penduduk kepada beberapa kelompok seperti berikut: 1.
Pre Baby Boom ( lahir pada 1945 dan sebelumnya) Generasi ini tergolong dalam golongan yang adaptif iaitu mereka yang memudah menerima dan menyesuaikan diri keadaan semasa. Generasi ini dianggap sebagai orang lama yang mempunyai banyak pengalaman hidup.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
3
2. The Baby Boom (lahir antara 1946-1964) Menurut Don Tapscott istilah Baby Boom merujuk kepada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Ke 2. Ini berpunca disebabkan sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran atas faktor kesusahan sewaktu perang. Mereka merupakan kelompok generasi Ideal. Generasi ini hidup berdikari dan tidak bergantung pada keluarga. Mereka juga adalah generasi yang mementingkan kerjaya. 3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1980) Tahun – tahun ketika generasi ini lahir merupakan awal dari penggunaan PC (Personal Komputer), Video Games, TV Kabel dan Internet. Penyimpanan data nya pun menggunakan floopy disk dan disket. MTV dan Video Games sangat digemari masa kini. Menurut hasil penelitian yang dilakukan oleh Jane Deverson, sebahagian dari generasi ini bersifat negetif, seperti tidak menghormati orang tua, mengenal muzik Punk dan mencuba menggunakan ganja. 4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1981 – 1994) – Generasi Y Gen Y ini dikenali sebagai Millenial atau millennium. Ungkapan Gen Y mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada Ogos 1993. Secara singkat Gen Y adalah generasi yang tumbuh ditengah hiruk pikuknya perkembangan teknologi Wireless. Paparan teknologi juga mempengaruhi kepekaan Gen Y terhadap perubahan. Mereka tidak takut perubahan, namun sering kali tidak sabar melalui proses menuju perubahan itu. Mereka adalah generasi yang akrab dengan Internet dan sangat aktif dalam media sosial. Gen Y dikenali sebagai generasi yang egosentris (sifat manusia yang tidak mahu berkongi dan sifat ingin memiliki segala yang dihajati ) dan senang dipujuk. Majalah Times ( 2013 ) menyebut generasi ini sebagai ‘me me me generation’, iaitu generasi millennial yang merujuk kepada satu generasi yang malas dan kurang berdikari “ Joel Stein”. Gen Y adalah generasi yang bekerja mengikut kreativiti sendiri, tidak terlalu serius dan santai kerana mereka bekerja bukan untuk kehidupan dan keluarga. Mereka sangat techno-minded dan berinteraksi lebih banyak melalui gajet seperti Skype, Whatsapp, Twitter dan Facebook. Kekuatan Gen Y adalah pada kreativiti yang tinggi. Justeru itu, dalam sektor
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
4
perusahaan masa kini Gen Y amat diperlukan kerana karekter Gen Y yang dapat melihat pelbagai sudut aspek kerja dan menjadi tulang belakang kepada sesebuah perusahaan. Terdapat beberapa ciri generasi Y yang dikenal pasti. Antara lain generasi ini mempunyai keinginan, untuk bersuara secara bebas termasuk ketika membuat pilihan. Mereka juga lebih senang kepada keterbukaan, lebih cenderung kepada membina hubungan antara satu sama lain, walaupun dengan orang yang baru dikenali. Mereka juga suka tidak dikongkong dan suka membuat sesuatu untuk mendapatkan perhatian. 5. Generation Net (lahir antara 1995 – 2009) – Generasi Z Generasi Z memiliki perilaku dan keperibadian yang berbeza dari generasi sebelum ini. Terdapat beberapa karekteristik umum dari Gen Z antaranya ialah: 1. Fasih teknologi iaitu generasi digital yang mahir dan cenderung akan teknologi informasi dan pelbagai aplikasi computer. Mereka dapat mengakses pelbagai informasi yang mereka perlukan secara mudah dan cepat. 2. Sosial iaitu mereka berkomunikasi dan berinteraksi dengan semua peringkat umur khususnya dengan rakan sebaya melalui pelbagai medium jaringan seperti Whatsapp, Twitter, Instagram, Wechat dan Facebook. Melalui media ini mereka boleh meluahkan apa yang difikirkan secara spontan. 3. Multitasking iaitu mereka yang boleh membaca, berbicara, menonton atau mendengar musik pada waktu yang sama. Mereka menginginkan segalanya dengan cepat. Gen Z juga dikenali sebagai The Silent Generation, iGeneration, generasi senyap dan generasi internet. Kebanyakan kehidupan mereka dihabiskan dengan melayari World Wide Web. Mereka terbiasa dengan tindakan segera dan kepuasan melalui teknologi internet. Mereka mempunyai pendapat yang jelas tetapi kurang menerima sesuatu cadangan dan idea tanpa alasan atau fakta yang konkrit. Kebanyakan mereka membina kerjaya tersendiri dan bercita-cita menjadi usahawan. Mereka juga membina kreativiti melalui kemahiran, mencari penyelesaian sendiri masalah yang dihadapi, memahami erti kerjasama, pengurusan masa dan kepimpinan. 6. Generasi Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
5
Generasi Alpha adalah lanjutan dari generasi Z. Sehubungan itu, pada saat kini generasi Alpha yang paling tua berusia 4 hingga 5 tahun. Generasi Alpha juga digelarkan sebagai Gen A. Gen A adalah generasi yang paling berpelajaran tinggi. Mula bersekolah seawal usia 3 hingga 4 tahun dan menamatkan pengajian selewat-lewatnya umur 27 tahun. Kajian sosiologi mengatakan bahawa Gen A adalah merupakan generasi yang paling terpelajar dalam sejarah manusia. Gen A merupakan anak kepada generasi Y dan Z, yang lebih berkemampuan dengan bilangan anak yang sedikit dan pelbagai pilihan hiburan mahupun teknologi, generasi ini merupakan yang sangat materialistik. Ia juga fokus terhadap gaya hidup teknologi tinggi. Generasi ini mula mengenal hidup mereka dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation, wii, xbox, google facebook dan blog. Antara ringkasan ciri-ciri Gen A yang diramalkan oleh para pengkaji sosiologi adalah: Mewarisi kemewahan material dari Gen X dan Y iaitu ibu bapa mereka Berpelajaran tinggi Hidup dibantu oleh gajet-gajet berteknologi tinggi Tidak mempunyai skill atau kemahiran yang banyak dan tidak
berminat untuk menambah kemahiran dari yang sedia ada Obsess dengan benda/alat/produk baru (brand new) dan apabila sudah
bosan akan membuangnya dan digantikan dengan lebih baru Diramalkan yang kebanyakan mereka adalah obes atau mengalami berat badan yang berlebihan
Generasi A akan mempunyai peluang pekerjaan yang sangat tinggi di masa hadapan kerana menjelang tahun 2020, populasi tua telah mencapai puncaknya dan meninggalkan alam pekerjaan yang bakal diambilalih oleh generasi ini.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
6
KONSEP PENDIDIKAN Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang. Perbezaan pendidikan KBSR dan KSSR KBSR KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun 1983, pelaksanaan penuh pun bermula di semua sekolah rendah seluruh negara. KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 mata pelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
7
“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira” ~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet. Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik. Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan semula kurikulum dibuat dengan alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas masa. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah melalui perlaksanaan KBSR. Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep bersepadu tadi diserapkan melalui: 1
Penggabung jalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain
2
daripada penyerapan ilmu pengetahuan. Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses
3
pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh
4
dilakukan secara berasingan. Kesepaduan antara teori dan praktik.
Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang muridmurid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk semangat kerja antara satu sama lain.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
8
KSSR Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011. KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. “KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan” Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011) Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut, reka bentuk kurikulum, organiasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilai. Reka Bentuk Kurikulum KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
9
Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR. Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani ‘independent learning’. Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara modularyang merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul. Organisasi Kurikulum KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran. Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahanbahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana muridmurid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on. Kaedah Penilaian Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah penilaian Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
10
iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif. Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan. Dari segi KBSR, Reka Bentuk Kurikulum, Linear berasaskan 3 bidang iaitu:
Komunikasi Manusia dan alam Kelilingnya Perkembangan Diri Individu
Manakala, KSSR pula Modulor berasaskan 6 tunjang iaitu:
Komunikasi Kerohanian, Sikap & Nilai Kemanusiaan Perkembangan Fizikal & Estitika Sains dan Teknologi Keterampilan Diri
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
11
MASALAH Pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan memerlukan negara bersaing di peringkat global. Persaingan bidang pendidikan di peringkat global memerlukan rakyat Malaysia meningkatkan mutu taraf pendidikan. Pembangunan yang pesat dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sains dan teknologi, memacu negara untuk membentuk rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang terutamanya bidang pendidikan. Pendidikan di Malaysia menitik beratkan usaha berterusan bagi meningkatkan mutu pendidikan negara yang mempu bersaing di peringkat global. Pelbagai dasar dan sistem dibentuk bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. Usaha-usaha berterusan dilaksanakan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelik (JERI). Perlaksanaan usaha-usaha ini memerlukan kesepaduan dan perlaksanaan yang seragam dari semua pihak. Usaha-usaha seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Usaha dalam meningkatkan mutu pendidikan negara memerlukan perancangan yang strategik, serta dasar perlaksanaan yang disusun dan diperkemaskan mengikut kesesuaian dalam bidang pendidikan terutamanya dalam pelarasan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Isu-isu permasalahan dalam pendidikan seperti aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tidak seragam menyebabkan keciciran pencapaian akademik terutamanya di sekolah luar bandar. Penambah baik kandungan mata pelajaran juga perlu diteliti semula bagi melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kekurangan dan kelemahan kemahiran pedagogi dan penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan guru juga menyebabkan pelbagai isu permasalahan timbul seperti pelajar tidak bermotivasi dalam pembelajaran. Sarena Abdul Karim (2003), menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka. Sangat sedikit pelajar didedahkan dengan model gaya pembelajaran dan kemahiran belajar semasa di peringkat awal persekolahan. (Dalam Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor dan Haliza Jaafar, 2007).
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
12
Kekurangan KBSR Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah. lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langssung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri – ciri modal insan yang cemerlang yang dihasratkan. Kekurangan KSSR Guru tidak dibenarkan membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
13
CABARAN DAN HALANGAN Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat. Pembinaan Budaya Ilmu Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
14
menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi keungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini. Pembudayaan Masyarakat Malaysia Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, menganjurkan satu gagasan sosial yang memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah dengan mengambil ciri-ciri madani. Mengikut takrif masyarakat madani ialah: "suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat. Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan (predictability) serta ketelusan(transprency) sistem. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
15
KESIMPULAN Peranan Pendidik Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)
kekuatan minda (krestif dan proaktif)
nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)
semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan
ketrampilan
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:
menguasai subjek (kandungan kurikulum)
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
memiliki kemahiran kaunseling
menggunakan teknologi terkini
dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
16
memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.
Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997) Peranan KBSR dan KSSR KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun perubahan-perubahan yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta mengikut kehendak perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka transformasi perlu dilakukan. Segala penambahbaikan dalam kurikulum ini perlu dilakukan bagi menyediakan warga negara kita untuk menghadapi arus kemodenan dalam menentang cabaran abad ke-21. Ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan kea rah kemahiran-kemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal. Kemahirankemahiran ini meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran-kemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi menyiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan dan mempertingkatkan lagi jati diri daripada peringkat akar lagi.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
17
CADANGAN Di Finland, pra-sekolah bermula pada usia 6 tahun. Pada peringkat pra-sekolah, penekanan diberikan kepada “keseronokan bersekolah” dan “KEPENTINGAN BELAJAR”. Selepas pra ekolah persekolahan diteruskan dengan pendidikan wajib selama sembilan tahun. Pada gred ke-9 dan ke-10, seorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atas atau memilih 3 tahun persekolahan dalam aliran vokasional. Selepas itu mereka boleh ke universiti sehingga ke peringkat masters atau Phd, atau ke Kolej Politeknik yang berfokus kepada kemahiran tertentu sehingga memperolehi ijazah pertama dan masters. Walaupun kebanyakan warga Finland menamatkan pendidikan mereka pada usia 25 tahun, namun proses pembelajaran diteruskan dalam bidang pekerjaan, kerana pendidikan adalah proses sepanjang hayat. Rakyat Finland secara umumnya amat terlatih dan cekap dalam bidang pekerjaan jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Di Finland, profession perguruan adalah kerjaya yang paling dihormati. Kerjaya doktor perubatan pula menduduki tempat ke-dua. Sistem pendidikan di negara Finland dihormati kerana standard pengurusan pendidikan yang tinggi dan tahap otoriti yang diberi kepada guru. Guru-guru di Finland adalah amat terlatih. Kejayaan sistem pendidikan di Finland adalah kerana mempunyai guru-guru yang kompenten dan sekolah yang berkualiti. Sistem pendidikan Finland telah menghasilkaan siswazaah-siswazah berkualiti tinggi yang mempunyai ijazah masters yang bersedia menjadi guru, dalam bidang-bidang kemahiran mereka. Namun terdapat juga guru-guru penolong yang mengajar di sekolah rendah
dan
pra-sekolah.
Semua ibu-bapa faham bahawa pendidikan adalah penting untuk anak-anak mereka dan sentiasa menerima keputusan yang dibuat oleh guru-guru terhadap anak-anak mereka. Jika
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z DAN Y
18
anak-anak mereka mempunyai masaalah disiplin di sekolah, ibu-bapa akan member kepercayaan dan bersetuju dengan hukuman yang dikenakan. Masaalah disiplin jarang berlaku dan guru-guru mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar.
RUJUKAN Sy Primizah. (n.d) Kekuatan dan kelemahan KBSR di Malaysia. Diakses dari http://www.scribd.com/doc/524342239/ISL-KEKUATAN-DAN-KELEMAHAN-KBSR-DIMALAYSIA Berita Harian Online. (2011, Januari 30). KSSR kurangkan tekanan peperiksaan,bina modal insane berkesan. Diakses dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkan tekananpeperiksaan_binamodalinsanberkesan/Article/index_html 4muda.com http://www.google.com.my/amp/khairulabullah.com/generasi-apakah-anda-x-y-atau-z/amp https://www.google.com.my/amp/4muda.com/mengenal-generasi-x-y-dan-z-sebagaigenerasi-dominan-masa-kini/amp https://www.google.com.my/amp/s/manajemenppm.wordpress.com/2013/07/08/mengenalsiapa-itu-generasi-y/amp http://time.com/247/millennials-the-me-me-me-generation/ The ABC of XYZ by Mark McCrinddle first published 2009 by UNSW press
View more...
Comments