Doa Majlis Pertunangan

November 19, 2021 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Doa Majlis Pertunangan...

Description

DOA MAJLIS PERTUNANGAN

Ya Allah, sumber segala barakah, curahkanlah Rahmat-Mu atas suratan ikatan cinta ini dan bimbinglah kedua insan saudara kami dalam masa pertunangannya. Semoga mereka mencari kehendak-Mu dengan hati yang tulus ikhlas diikat dengan kebaikan-Mu yang berlimpah. Ya Allah Ya Tuhan Kami, yang datangnya segala Mahabbah wa Rahmah, kerana ehsan-Mu, dua pasangan muda ini dapat saling bertemu di atas qada' dan takdir-Mu. Kami memohon Ya Allah, kuatkanlah mereka dengan berkat-Mu yang melimpah. Semoga oleh masa pertunangan suci ini, mereka kian hari kian saling menghargai, menilai dengan iman dan saling mengasihi dengan ketaqwaan. Tunduk dan patuh mengharap keredaan-Mu, moga hati ini tenang dengan penuh keimanan. Ya Allah ya Arhaman rohimin, Kami menadah penuh pengharapan agar kedua-dua insan yang bertunang ini diikat dengan tali pertunangan dengan restu ayahanda dan bonda serta saudara mara jiran tetangga dengan penuh pengharapan agar Engkau menggerakkan hati dan menyiapkan putera kami ___________________________________________________ dan puteri kami _______________________________________________ untuk saling mencintai dan mengenal hati budi dan perasaan. Semoga mereka dapat membaiki kelemahan dan senantiasa memelihara iman dari sebarang godaan syaitan. Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, sudilah kiranya kuatkan hati dan kasih yang bersemi ini, dapat mereka menjalani masa pertunangan dengan berpaksi kepada iman dalam segala hal sehingga akhirnya sampai pada gerbang perkahwinan. Ya Allah, kasih setia-Mu berlimpah bagi kami. Engkau menganugerahkan hati mereka ini seperti Hawa kepada Adam sebagai penghibur dan teman berbagi suka duka kehidupan, sesuai ciri peribadinya setia sepanjang hidup. Perkenanlah doa kami dan berkatilah majlis ini, semoga tercapailah cita-cita mereka membangun keluarga yang bahagia, sumber kebahagiaan di dunia dan di jannah-Mu kekal abadi.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF