Asas Rakit Asas rakit digunakan di tanah yang berkeupayaan galas rendah dan cenderung mengenap secara tidak sekata apabila dikenakan beban. Terdapat 3 jenis asas rakit iaitu: a. b. c.
Asas Rakit Papak Padu Asas rakit Rasuk dan Papak Asas Rakit Bersel
a.
Asas Rakit Papak Padu
Dibina daripada konkrit pada keseluruhan tapak bangunan yang hendak didirikan Ketebalan papak bergantung kepada beban yang digalas dan kekuatan tanah Papak dikukuhkan dengan tetulang pada kedua-dua hala. Lebih banyak tetulang yang diperlukan di bawah tiang atau dinding yang menggalas beban. Ketebalan maksimum papak ialah 300mm. b.
Asas Rakit Rasuk dan Papak
Dibina apabila asas rakit papak padu yang hendak dibina mencapai ketebalan melebihi 300mm Papak konkrit bertetulang dibina di atas tanah dan rasuk dibina di atas papak\ c.
Asas Rakit Bersel
Asas Rakit Bersel dibina pada tanah longgar dan cenderung mengenap secara tidak sekata Ketebalan papak melebihi 1 meter Terdiri daripada dua papak konkrit di atas dan di bawah. Rasuk-rasuk dibina di antara kedua-dua papak dan membentuk asas rakit bersel Mempunyai ketegaran yang tinggi dan lebih ekonomi berbanding dengan papak yang sama tebal dan sama tegar.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.